Perancangan kewangan
yang baik menumpukan perhatian kepada lima perkara dalam pengurusan kewangan iaitu:
- Perancangan Insurans
- Perancangan Cukai
- Perancangan Selepas Bersara
- Perancangan Harta Tanah
- Perancangan Pelaburan
Sebelum mengorak langkah dalam perancangan kewangan, ada beberapa konsep asas
yang perlu difahami. Anda perlu memahami kesan inflasi, konsep pempelbagaian dan pemurataan kos pelaburan.
Apakah Kesan Inflasi? Andaikan
anda mempunyai RM10,000. Di bawah ini terdapat carta menunjukkan apa yang berlaku terhadap wang RM10,000 milik anda itu, dengan
kadar inflasi yang berbeza-beza antara 2-10%.
Kadar Inflasi (%) |
10 tahun |
15 tahun |
20 tahun |
2 |
8,203 |
7,430 |
6,370 |
4 |
6,755 |
5,552 |
4,563 |
6 |
5,583 |
4,172 |
3,118 |
8 |
4,631 |
3,152 |
2,145 |
10 |
3,855 |
2,394 |
1,486 |
Oleh sebab itu, jika tabungan anda tidak berkembang melalui pelaburan yang dipilih
secara teliti, wang RM10,000 anda itu akan dikikis oleh inflasi, dan hanya bernilai RM4,563 selepas 20 tahun pada kadar inflasi
sebanyak 4%.
Terdapat
pelbagai pilihan pelaburan seperti saham, harta tanah, bon atau sekadar menyimpan wang dalam deposit tetap di bank. Pempelbagaian
bermakna tidak meletakkan semua wang anda dalam satu pelaburan sahaja tetapi melaburkannya dalam pelbagai jenis aset. Walau
bagaimanapun, pempelbagaian tidak perlu jika anda dapat memilih aset yang mempunyai prestasi terbaik dalam sebarang tempoh
masa, dan anda menukar.
Pemurataan Kos
Pelaburan Pemurataan kos pelaburan merupakan satu cara untuk membina aset anda dengan menambah pelaburan secara berkala.
Ditunjukkan di sini contoh bagaimana pemurataan kos pelaburan dibuat.
Contoh Pemurataan Kos Pelaburan Katakan anda melabur RM6,000 setahun selama lima
tahun dalam unit amanah yang pada mulanya berharga RM10 seunit.
Harga unit amanah itu berubah sepanjang lima
tahun tersebut, jatuh sebanyak 80% kepada RM2, dan kemudian kembali pada harga asal RM10.
Pemurataan Kos Pelaburan Contoh bagaimana pengiraan dibuat:
|
Tahun 1 |
Tahun 2 |
Tahun 3 |
Tahun 4 |
Tahun 5 |
Jumlah |
Pelaburan |
RM6,000
|
RM6,000
|
RM6,000
|
RM6,000
|
RM6,000
|
RM30,000 |
Harga purata unit
dibayar |
RM10 |
RM4 |
RM2 |
RM6 |
RM10 |
|
Unit dibeli
|
600 |
1,500 |
3,000 |
1,000 |
600 |
6,700 |
Nilai |
|
|
|
|
|
???? |
Nilai keseluruhan portfolio ini pada akhir tahun kelima ialah 6,700 unit x RM10
= RM67,000. Kesemuanya, anda telah melabur sebanyak RM30,000.
Kawal Kewangan Mulai sekarang, mulalah mengawal kewangan peribadi
anda dengan menyediakan belanjawan. Senaraikan semua pendapatan dan perbelanjaan anda, dan bahagikan perbelanjaan kepada yang
penting dan yang tidak penting. Tetapkan matlamat jangka pendek dan jangka panjang, dan jangan lupa ganjaran untuk diri sendiri.
Kawal wang anda – jangan biarkan wang anda mengawal anda. Jika perlu, dapatkan bantuan penasihat kewangan.
Apakah Gabungan
Pelaburan yang Sesuai untuk Anda? Ini bergantung pada:
- Umur anda
- Berapa
banyak wang yang ada untuk dilaburkan
- Apakah
matlamat kewangan yang anda kejar
- Berapa lama anda boleh melabur
- Pengetahuan anda mengenai pelaburan
- Jangkaan anda
Lapan Panduan
untuk Membina Kekayaan
- Simpan sekurang-kurangnya satu per
sepuluh daripada pendapatan anda
- Kawal
perbelanjaan dan elakkan hutang tidak perlu
- Melabur secara tetap, tanpa mengira
sama ada pasaran naik atau turun.
- Mula
awal dan dapat manfaat daripada pertumbuhan kompaun.
- Lindungi apa yang anda miliki melalui
pempelbagaian pelaburan anda
- Dapatkan nasihat profesional
- Sediakan pelan tindakan dan patuhi
pelan tersebut
Perancangan Selepas
Bersara Banyak wanita mengharapkan suami untuk menyara mereka selepas bersara tetapi 88% balu dan 65% janda bergantung
kepada pencen kerajaan. Orang Malaysia
kini hidup lebih lama.
- Lelaki berusia 55 tahun yang bersara
sekarang dijangka hidup selama 15 tahun lagi - 25% lebih lama daripada bapanya yang bersara 25 lalu
- Lelaki berusia 80 tahun hari ini dijangka
hidup selama 10 tahun lagi – sekali ganda lebih lama berbanding bapanya 25 tahun lalu
- Wanita pula hidup lebih lama
- jangkaan hayat selama 19 tahun lagi
pada usia 65
- jangkaan hayat selama 12 tahun lagi
pada usia 80
- Jadi, wanita berusia 65 tahun mempunyai
hampir satu per tiga daripada hayatnya untuk terus menikmati kehidupan.
Oleh itu,
anda memerlukan persediaan yang baik untuk mengharungi ‘zaman keemasan’ anda itu nanti. Rancang sekarang, berdisiplin
apabila berbelanja, berjimat dan melabur supaya anda boleh pergi ke tanah suci dan melakukan apa sahaja yang diingini pada
usia tua dan tidak bergantung kepada suami atau anak-anak dalam soal kewangan.
PERANCANGAN KEWANGAN
Menabung Sebagai Persediaan Bersara
anda tidak akan bekerja sepanjang hayat. Apabila tanda-tanda usia meningkat
sudah bermula atau anda telah mencapai usia mesti bersara, anda terpaksalah bersara. Oleh itu, amat mustahak mempunyai pelan
kewangan.
Banyak orang tahu bagaimana hendak mencari wang tetapi tidak tahu cara
untuk mengembangkannya. Sering dikatakan, orang kaya semakin kaya, orang miskin semakin miskin. Sebabnya ialah, orang kaya
melaburkan wang mereka, menjadikan wang itu berkembang, sementara orang miskin pula menghabiskan wang dengan membelanjakannya.
Dalam dunia hari ini di mana
paras harga terus melambung tinggi, adalah tidak memadai jika anda hanya menyimpan wang dalam bentuk simpanan tradional.Dengan
inflasi terus menghakis kuasa beli wang anda, adalah penting supaya wang yang diperolehi dengan titik peluh anda itu tidak
terbiar begitu sahaja tetapi terus memberi pulangan kepada anda secara berterusan.
Semakin hari semakin ramai
rakyat Malaysia sedar tentang kepentingan
merancang untuk hari tua anda. Oleh itu, tidak menghairankan ramai yang berusaha sedaya upaya untuk memanfaatkan pilihan –pilihan
yang ada untuk meningkatkan tahap simpanan mereka.
Bersara boleh menjadi peringkat yang menyeronokkan dalam hidup seseorang,
itulah sebabnya banyak orang mahu bersara awal. Ada yang merancang untuk bekerja hingga berumur 45 tahun, dan selepas itu
mahu menghabiskan umur mereka dengan bersantai di pantai atau mengelilingi dunia. Untuk bersara awal,
sudah pasti bergantung kepada berapa banyak wang yang berjaya dikumpulkan
(sepanjang tempoh bekerja) – dan ini biasanya bergantung kepada kebijaksanaan anda merancang persediaan untuk bersara.
Penting untuk memiliki perancangan asas persaraan sepanjang tempoh anda bekerja dan mengemas kini perancangan itu
secara berkala, terutama apabila keadaan anda berubah – sama ada di segi kewangan atau lain-lain. Berapa pun usia anda,
tidak terlambat merancang persaraan, tetapi memulakan lebih awal membantu mengelakkan sebarang tekanan yang tidak perlu. Dalam
menabung untuk masa depan, anda perlu membuat pilihan antara berbelanja dan menabung. Sebagai contoh, jika sekarang anda berbelanja
mewah, beli kereta sport yang mahal, sistem hi-fi yang canggih atau bercuti ke luar negara, mungkin tidak banyak wang yang
tinggal dalam akaun bank ketika anda bersara nanti. Kecuali jika anda dapat mengumpul wang melalui pelaburan yang bijak, atau
mempunyai apa-apa bentuk simpanan wajib yang lain untuk memberikan gaya hidup selesa apabila bersara.
Apabila dilabur dengan
bijak, wang yang berjumlah kecil pun boleh membawa perbezaan yang besar. Sasaran penting dalam hidup seperti membeli rumah,
merancang persaraan, membuat peruntukan untuk pendidikan anak-anak dan menikmati kebebasan kewangan boleh dicapai dengan melabur
wang yang berjumlah itu secara bijaksana dan konsisten. Namun, masih ramai orang yang mendapati sasaran-sasaran murni ini
terletak di luar pencapaian mereka semata-mata kerana mereka tidak mengetahui tentang pilihan-pilihan pelaburan yang terbuka
untuk mereka.
Jika anda berhasrat hendak bertukar dari cara pelaburan traditional tetapi tidak mempunyai masa dan kemahiran untuk menjejak
dan membuat penyelidikan tentang pasaran pelaburan, maka unit amanah mungkin adalah jawapan untuk anda.
UNIT AMANAH
Unit amanah ialah skim pelaburan kolektif yang diuruskan secara professional dengan mengumpulkan wang anda dan ribuan
pelabur yang lain. Pakar pengurus pelaburan kemudian akan melabur wang tersebut bagi pihak anda untuk mencapai sasaran yang
ditetapkan mengikut matlamat pelaburan sesuatu dana.
Skim unit amanah dikawalselia oleh Suruhanjaya Sekuriti malalui akta suruhanjaya sekuriti 1993 dan garis panduan Dana-Dana
Unit Amanah.
|