WELCOME TO THE ISLAMIC FINANCIAL PLANNING SERVICES

TAKAFUL

Home | NEWS ISLAMIC UNIT TRUST | WHAT NEWS | ABOUT US | TAKAFUL | ISLAMIC UNIT TRUST

 
 
 
PRODUCT MAA ASSURANCE
 
 

    KENAPA PERLU TAKAFUL/INSURAN 

1. Melindungi pendapatan sedia ada sekiranya berlaku musibah.
Kematian atau kemalangan berlaku tanpa diduga. Jesteru persediaan awal perlu dilakukan bagi melindungi pendapatan sedia ada sekiranya berlaku musibah. Ia menjadi lebih penting sekiranya anda adalah ketua keluarga. Kerana isteri dan anak- anak bergantung sepenuhnya dengan anda. Musibah datang tanpa mengira siapa dan tidak kira bila dan dimana. Jadi, wang pampasan dapat membantu peserta yang ditimpa musibah. Peserta takaful tidak perlu bimbang sekiranya musibah menimpa mereka kerana telah membuat persediaan awal. Seperti kata pepatah “Sediakan payung sebelum hujan”. Dengan wang pampasan yang diterima sekurang-kurangya dapat meringankan beban ahli keluarga yang ditinggalkan.

3. Manfaat kehilangan upaya kekal dan menyeluruh (TPD) .    Apabila seseorang itu mendapat kecacatan kekal, maka dia sudah tidak mampu untuk mencari pendapatan untuk menampung kehidupannya. Dengan adanya pampasan dari takaful, ia dapat meringankan beban peserta dan dapat menampung kos rawatan akibat kecacatan tersebut.

4. Untuk mendapatkan kemudahan hospital dan perubatan kerana  kos perubatan semakin mahal.  

 Jumlah pampasan ini dapat membantu peserta sekiranya disahkan menghidap penyakit kritikal bagi membiayai kos perubatan yang tinggi untuk mendapatkan kemudahan hospital dan perubatan. Manakala manfaat harian hospital sekurang-kurangnya dapat menggantikan pendapatan harian sekiranya dimasukkan ke wad.

5. Bersiap sedia untuk membayar hutang.
Rentetan kos hidup yang tinggi, ramai yang terpaksa menanggung hutang bagi mengecapi keselesaan hidup. Oleh yang demikian, dengan menyertai takaful wang pampasan yang dituntut boleh digunakan untuk melunaskan hitang simati. Seandainya tiada musibah yang menimpa, sejumlah simpanan apabila tempoh matang sijil turut boleh digunakan untuk membayar hutang yang belum langsai.

Sempurnakan hutang supaya tidak dibawa keakhirat.

Riwayat Rasulullah s.a.w :Roh seseorang yang berhutang akan berada diawang-awangan sehingga hutangnya dijelaskan.

6. Menabung untuk masa depan/persaraan.
Ramai orang membuat tabungan di dalam bank. Namun kini adalah pilihan yang lebih baik iaitu menabung di takaful. Takaful atau insuran merupakan satu bentuk tabungan untuk masa hadapan di samping menyediakan perlindungan untuk pesertanya.
Contohnya, jika seseorang yang menabung di bank RM2,000 setahun, berapa lamakah yang dia perlukan untuk mempunyai sejumlah RM100,000? Betul – 50 tahun yang mana ia merupakan satu jangkamasa yang agak panjang. Namun di takaful atau insuran apabila kematian atau kecacatan kekal berlaku, waris atau peserta itu sendiri dijamin menerima sejumlah RM100,000.
(*mengikut jumlah seperti yang terdapat didalam akad setiap peserta. Ini hanya sekadar contoh.)

7. Jaminlah masa depan pendidikan anak anda !   

 Masa depan anak-anak sentiasa berada di dalam fikiran kita. Kita sentiasa memikirkan bagaimana hendak memastikan masa depan mereka terjamin. Kita hanya inginkan yang terbaik untuk mereka.Pendidikan yang kukuh adalah pemberian yang amat berharga untuk mereka. Walau bagaimanaun,Kos pendidikan kian meningkat saban tahun. Jesteru melalui takaful pendidikan contohnya, ia merupakan salah satu langkah persediaan ibu bapa untuk anak-anak mereka. Ia juga dapat mendisiplinkan ibu/bapa untuk membuat tabungan selain memberi perlindungan untuk anak-anak. Tabungan pendidikan tersebut juga adalah terjamin walaupun ibu/bapa tidak dapat meneruskan sumbangan samaada diakibatkan oleh kematian atau keilatan kekal.

Orang melayu perlu sedar bahawa mereka tidak boleh selama-lamanya bergantung kepada bantuan yang ada dari PTPN atau MARA. Isu sekarang ini adalah peringatan tentang kepentingan menabung untuk masa depan pendidikan anak-anak.

 8. Mendapat pengecualian cukai.
Di dalam Budget 2005, Perdana Menteri telah mengumumkan pelepasan cukai bagi KWSP, takaful dan insurans hayat sebanyak RM6,000. Manakala pelepasan untuk pendidikan anak-anak tetap pada kadar RM3,000. Ini menunjukkan kerajaan turut memberi penekanan tentang pentingnya setiap individu untuk mempunyai sekurang-kurangnya satu pelan takaful sebagai salah satu cara menabung untuk masa hadapan.


                                   

NIZAM ISLAMIC FINANCIAL CONSULTANT

ISLAMIC UNIT TRUST

ISLAMIC INSURANCE / TAKAFUL

EMAIL: :mailto:niezam_78@hotmail.com

H/P : 0172423847